Friday, November 27, 2009

selamat hari raya aidiladha


hari ini hari cuti sebab hari raya.maka minggu ini ada 3 hari cuti.
rasa bahagia dapat berehat di rumah.
abah dan emak gelakkan sebab kami yang baru bekerja sangat penat bila balik rumah sedangkan mereka sudah bekerja berpuluh tahun pun tidak rasa begitu.
tapi memang hakikatnya sangat penat.semalam selepas doa dan tahlil untuk arwah atuk terus terlelap di atas kerusi sehingga adik kejut untuk balik rumah.sampai di rumah mata segar sehingga pukul satu.tapi masih malas mahu menaip case note untuk semalam.

tahun ini ada sedikit kelainan kerana abah dan emak mengadakan korban pada hari raya kedua dan di buat di tampin.selalunya selepas solat sunat hari raya kami akan tukar baju dan segera ke rumah atuk yang menyembelih lembu.sebab itu kurang sedikit rasa hari raya tahun ini.alang juga sedang berjuang untuk spm maka masa harus diberi sedikit untuk dia mengulangkaji.

sebenarnya rasa mahu menulis tapi tak tahu hendak tulis apa.macam ada banyak benda hendak ditulis tapi sebenarnya pokok pangkalnya malas itu ada.ada undangan rumah terbuka sebentar lagi.selamat makan daging kawan-kawan.jaga diri.

0 comments:

 
template by suckmylolly.com