hello there.i know i shouldn't write everyday because i have to study for exams but i want to write a few things here so i can feel a little bit relax.i love to show my feelings here.
kamu sudah baca tulisan saya sebelum ini?kamu faham apa yang saya rasa?kamu boleh fikir apa yang saya fikir?mungkin tidak dan mungkin ya.saya tak peduli tapi saya mahu katakan saya berkecil hati dan kecewa dan bersedih dengan kawan-kawan yang saya kenal sejak asasi dahulu.kamu salah menilai mana yang baik dan mana yang buruk.kamu sepatutnya mengenali kami lebih dari orang lain.kita berkawan setahun yang mana hanya 44 orang sahaja.kita makan,minum,tonton wayang dan bergelak ketawa sama-sama.kita sambut hari lahir bersama.kita buat pelbagai benda bersama.sehingga sekarang kita tetap begitu.
saya anggap kamu semua adik-beradik saya.kamulah abang dan kamulah kakak saya.tapi abang mana sanggup menuduh dan memfitnah adik sendiri.saya tidak kisah jika kamu kata tidak pernah menganggap kami adik kamu tetapi hormati kami sebagai sahabat kamu.tidak lebih dari itu.jika kamu boleh hubungi kami meminta bantuan kenapa tidak boleh hubungi kami minta penjelasan.sebaliknya kamu buat tuduhan melulu dan terus menghukum kami.adilkah begitu?kami bukan manusia?
sahabat,
kami juga ada hati dan perasaan.kalau kamu terus berkata tanpa bukti sampai bila?sejujurnya.saya sedih.terima kasih kerana beri pengajaran penting kepada kami semester ini.ketika kami sedang bertungkus-lumus untuk kertas seterusnya.bukan apa yang kami minta itu mahal atau susah.cuba hentikan semua ini.saya tidak memihak kepada sesiapa.saya punyai rakan yang dituduh menyimpan 'hints' peperiksaan walhal kami belajar sehingga pagi bersama.saya kenal dia.kamu kenal dia seperti mana kami?
itu hak kamu untuk berkata apa yang kamu mahu.hak kamu untuk buat apa yang kamu mahu.tapi fikirlah kesannya nanti.kalau kamu mahu benci kami,silalah.itu juga hak kamu.ini pengajaran terbaik kamu beri.kami bukan 'wonderwoman' atau cuba menjadi 'legend'.kami manusia biasa.juga punya hati dan perasaan.kami doakan kamu semua berjaya dalam peperiksaan dengan cemerlang.ikhlas kami doakan.semoga kami juga berjaya.tidak banyak yang kami minta.cuma kembalikan suasana seperti dulu.seperti mana saya sayangkan semua sahabat-sahabat saya.seperti mana kita bergelak-tawa.tapi sekarang saya minta maaf.kamu semua buat saya terasa dan saya memilih untuk berdiam.mungkin ini yang kamu semua mahu.
semoga sahabat-sahabat saya selamat dari segala malapetaka dan bencana.semoga semua sihat sentiasa.semoga semua berjaya dengan cemerlangnya.semoga Allah terus membantu kita.
Comments