Skip to main content

saya yang gemuk dan bermimpi untuk kurus

Amaran: Entri ini untuk orang gemuk tau.siapa tak nak baca boleh pergi makan durian.


بسم الله الرحمن الرحيم

ini pengakuan jujur dan ikhlas dari saya yang memang saya gemuk.tak payahlah nak gelak sipu-sipu ke apa.kalau awak pun gemuk baik mengaku.lainlah kurus macam Erra Fazira ke Ziana Zain ke Nasha Aziz ke.ramai lagilah.

tengok tangan dia yang kurus tu.lupa pula nak kenalkan ni lah Miss Universe Malaysia 2011.

dari dulu lagi saya memang gemuk.alaa sejak 1998 lagi.tak percaya?percayalah.pergi tengok buku rekod kesihatan warna biru tua saya dalam bilik tu.sebelum tu tak adalah gemuk sangat tapi semua orang cakap sejak lulus PTS tu hati bahagia agaknya tu yang makan tak ingat dunia.

berbalik pada isu mimpi hendak kurus.siapa yang tak nak kurus?kurus meleding tu lagi lah nak.pelbagai cara telah dilakukan.tapi tak berjaya.faktor kegagalan yang utama adalah tidak konsisten.

  • bersenam 30 minit sehari - 10 hari sahaja buat.lepas tu malas.
  • jangan makan nasi - memang jarang makan nasi dekat rumah.tetapi hanya akan mengekalkan angka tak akan menurunkan pun.
  • makan ubat kurus - ini memang tak pernah cuba.tak pernah terlintas pun nak cuba.banyak kegagalan dari kejayaan berdasarkan kajian yang dilakukan
  • pusat pengurusan badan - sama macam ubat kurus.kajian menunjukkan bergantung pada badan.ada yang berjaya ada yang tak berjaya.tambahan kos terlalu tinggi untuk mencuba maka abaikan sahaja.
berbekalkan berat di badan ini,maka saya telah membuat kesimpulan bahawa;
  • pengurangan snek (makanan tak berfaedah) di rumah boleh menyumbang ke penurunan berat badan
  • park kereta jauh dan berjalan boleh menyumbang secara tidak langsung ke arah bersenam
  • berkebun/siram pokok boleh mengeluarkan peluh

memandangkan sekarang 1/3 daripada 24 jam saya dihabiskan dalam kereta maka saya telah google cara menguruskan badan ketika memandu.siapa cakap tak ada.

setelah di alih bahasa secara terus (direct translation),caranya adalah begini;
nama dia "vakum abs" tau.
sedut pusat(yang dekat perut tu) sedalam yang boleh (ala-ala macam nak nampak kurus bila mamat hensem ke awek cun lalu sebelah tu) dan tahan selama 10-20 saat.boleh bayangkan?
secara gerak perlahan.
tarik nafas dalam-dalam.bila hembus sedut pusat ke dalam menghala ke tulang belakang dan tahan selama 10-20 saat.ulang beberapa kali.

bolehlah cuba lepas ni.saya selalu nak buat tapi lupa.bila dah nak sampai ke destinasi baru teringat.

jadi,macamana anda kurus? cuba cerita sikit.



Comments

Anonymous said…
i told you bet, shake your body babe! shake it! shake it! ahaks....
izzati said…
@anonymous
haha kang driver kereta belakang pelik plak ape hal kereta ni goyang2.alignment lari ke :P
sy gemok jugk. tanam cita2 since awal sem 8.. but akhirnya naik melebih2 since awal sem 8. ahahhaha
izzati said…
@teratai nailofar
zati start naik lepas sem 7 sampai skrg tak turun2.sejak durian gugur naik lagi 3kg tp skrg dpt kawal nafsu durian dh trn blk.kih kih kih
aan jaafar said…
sye tensen sbb terlalu kurus..:(...
izzati said…
@aan
ni kes lain ni.silalah makan gan weght ke.hehe.lysine ke..an nanti kat mri makan byk2 sikit.biar berat tuh naik :D

Popular posts from this blog

bongek

saya sudah balik ke bongek untuk beberapa hari.bongek itu nama kawasan saya tinggal.di mozac dulu azneeza itu suka ejek nama bongek siap boleh cipta nama lagi berkaitan dengan bongek tu.nasib baik nama betty lebih sedap didengar dan acap kali digunakan.kalau tidak jaga kamu azneeza.daing tawi takku lupa.haha esok kami akan ke destinasi percutian wajib apabila ke tronoh.mungkin untuk kali terakhir tahun ini kerana kekanda kesayanganku itu akan menjalani internship di melaka sehingga tahun depan.maknanya boleh makan aiskrim dan buah jambu di r&r tapah esok.yeay! minggu depan akan pulang ke shah alam kembali untuk mengangkut semua barang-barang yang setakat ini sudah berada dalam 5 kotak.mungkin memerlukan lagi 3 kotak untuk mengangkut semuanya.bilalah barang-barang mahu jadi sedikit.dari dulu sampai sekarang mesti penuh sekereta bila pulang bercuti. paling seronok balik rumah dapat makan sedap.dan lebih memeranjatkan apabila ada 2 ulas durian disimpan untuk saya.walaupun hanya 2 tapi...

sabtu

hari ini semua orang bertungkus-lumus menjayakan kenduri tahlil tengahari tadi dan akhirnya semua orang kepenatan.setahun sekali sahaja.tak apalah. esok masih dipenuhi dengan jemputan kenduri dan majlis perkahwinan.minggu depan juga begitu.kecuali hari ahad yang sudah mula sibuk dengan mereka yang ingin pulang ke kota dan ke asrama. tiba-tiba lapar.tunggu nasi lemak pagi esok.jemputlah datang makan sarapan. nasi lemak istimewa..

4 years

i forgot to celebrate 4 years im in love with my braces haha.so today its already 4 years and 8 days. and thats my 34th appointment owh my dear teeth! i hope i can remove this braces before i graduate or else its going to be 6 years.wow. today full with activities until i get confused till the end of the day from morning stuck in traffic jam although i only want to go to tampin so walk to the bank and pharmacy and finally to the optometrist esok aku akan pulang ke shah alam aku tak mahu bergegas-gegas pulang hari jumaat nanti besides,i have to settle that stuffs tomorrow kalau dia tak dapat siapkan memang nak kena lah haha.kerja-kerja aku semua tak siap lagi. ini memang betul-betul cuti. tak apalah asalkan aku gembira.walaupun sekejap. dan sekarang aku bingung.