Monday, March 16, 2009

nasi ayam lemon dan jus tembikai


hari ini kami berbuka dengan nasi ayam lemon dan jus tembikai.maka hari ini tidak perlu saya mencari jus buah lagi.hehe.semalam pagi saya pulang ke shah alam dan bermulalah kehidupan sebagai seorang pelajar farmasi semula.akhir-akhir ini terlalu ramai yang menyedarkan saya betapa susahnya hendak berjaya dan insyAllah satu hari nanti tamat belajar dan menjadi seorang ahli farmasi.doakan saya ya!

test chemotherapeutic drugs hari ini tidak seperti yang saya sangka.dan rasanya saya kurang yakin ketika menjawab.semoga keputusan nanti setimpal dengan apa yang saya usahakan beberapa hari lalu.dan saya tetap suka kelas marketing.walaupun assignment marketing saya tak buat lagi saya tetap sukakannya.dan saya rasa belajar sesuatu yang teknikal dan bersifat pengurusan lebih menjadi minat saya berbanding hafalan yang perlukan masa dan tenaga dan konsentrasi yang tinggi.

bangun tidur petang tadi saya ingin sekali menonton wayang.tetapi yang pasti hanya sekejap sahaja perasaan itu datang memandangkan setelah assignment dan test yang menanti kembali merajai fikiran terus hilang perasaan itu.dan sebentar lagi mengikut perancangan kami ingin berjalan-jalan ke uptown.mungkin melapangkan fikiran seketika sebelum mula menelaah untuk test drug delivery system pula.

saya ingin duduk lama lagi di rumah.pergi pasar malam.balik kampung.dan sekarang bunga-bunga durian sedang berguguran.andai boleh saya rakamkan betapa wanginya bau bunga-bunga durian itu sudah lama saya uploadkan di blog ini.kamu pernah bau atau tidak bunga durian?pergilah cari sekarang.nanti menyesal tak dapat bau.hehe

gigi saya masih sakit lagi apabila diikat dengan getah kecil itu.memburukkan lagi keadaan bibir saya mula dipenuhi dengan ulser-ulser kecil.ketabahan itu kunci utama untuk sesuatu kejayaan bukan?maka belajar menjadi tabah sangat penting sekarang.

saya rindukan kawan-kawan di MOZAC
dan
saya semakin sayang kawan-kawan saya di sini


selamat malam semua!



3 comments:

eQeEn si rAma2! said...

saye bdak mozac..
adekah awak rndu saye =P

berus jamban said...

ko sengaja bagi aku terliur je kan?

izzati said...

eqeen,
pasti saya rindu awak juga!

berus jamban,
haha.mmg sgja aku bg air liur ko meleleh2.kesian2...:P

 
template by suckmylolly.com