alhamdulillah kami selamat sampai kembali ke malaysia tepat jam 0615 pagi tadi dan semuanya berjalan lancar.sebenarnya kami takut sekiranya tak lepas health check di klia tapi sebenarnya kami hanya perlu mengisi health declaration form dan kemudian letak dalam kotak dan ada satu mesin pengimbas suhu badan di tepinya.di melbourne ada 3 mesin pengimbas dan kami kena melaluinya seorang demi seorang.mungkin malaysia tidak mempunyai peralatan yang cukup.
terima kasih kepada cik soraya dan temannya kerana sudi meluangkan masa menjemput kami di klia.memandangkan barang yang banyak dan kemalasan mahu menaiki pengangkutan awam maka bantuan dari sahabat amat diperlukan.nanti kami hantar buah tangan untuk saudari.
dan facebook sudah mula dengki tidak mahu upload gambar-gambar saya.aduhai.
kita cuba lagi esok pula.owh,petang tadi sepatutnya kami ke TM point untuk uruskan streamyx tapi kemengantukan yang melanda membatalkan segala rancangan.esok tak boleh tangguh lagi.haha
rumah ini sudah tidak ada barang-barang dapur.garam pun tak ada.kalau masak semua tawar.maggi pun dah habis.kena ke kedai lah nampaknya ni.dan saya doakan kawan-kawan lain semua sihat dan tidak sakit bila pulang ke rumah masing-masing ya.mahu pergi cari makan.jumpa lagi lain kali.
owh,lama tak cakap.i miss you.
and i love you too people!
Comments
coklat adalah..kamu mahukah?sabtu ni ada kt utp lg ke?
melbourne?
x ajak pon...
sy nk buah tgn juga...
huhu
ya saya ke melbourne minggu lepas.kerana kamu sedang exam xkn mahu ajak juga.hehe..buah tgn?
coklat juga yang sy ada.kalau mahu boleh dipaskn through my brother this saturday..hehe =)