ya saya pulang ke shah alam yang panas semula.sikit pun saya tak rindu cuacanya.tapi saya rindu kenangan dan peristiwa di sini.haha.macam baru balik dari jauh sahaja bunyinya walhal dari rumah sebenarnya.
perjalanan pulang dihabiskan dalam bas dan tidur.sampai di shah alam terus sambung mengemas pinggan mangkuk.kemudian bersia-siar di sacc mall.balik ke rumah dan berbual-bual dengan teman-teman dan membuat keputusan untuk menonton wayang.ya,menonton wayang larut malam sangat kelakar semasa hari bukan hujung minggu.mulanya hanya ada 4 orang dalam satu panggung kemudian datanglah beberapa orang lagi turut serta tapi jumlahnya masih tidak lebih 10 orang.haha.seronok betul.ibarat panggung wayang itu kami yang punya.
malam ini mahu tidur lama sehingga larut pagi esok.jangan ganggu.kalau penting sila cari saya di telefon bimbit yang telah disenyapkan.dan saya dalam mood menafikan.nafikan semua benda selagi mampu bertahan.
selamat malam sayang!
Comments