Skip to main content

Pandemic Logistic Learning Exercise (P2LX) Part I

25 november 2008
ada taklimat P2LX di DK-F jam 1700.rupanya esok program bermula.mati-mati aku ingat hari khamis sebab dapat pesanan ringkas bahawa program ini bermula 27 november.taklimat habis dalam pukul 6 dan kemudian ramai-ramai ke Pak Li Kopitiam untuk makan nasi ayam lemon.seronok.malam harus selesaikan kerja untuk misi akademik yang tertangguh.


26 november 2008
pukul 9 pergi ke Bank Islam untuk pindahkan semua duit ke akaun lain.balik rumah sambung tidur sampai tengahari dan keluar untuk tukar duit,makan tengahari,pergi hantar barang dekat perindu dan akhir sekali pukul 1 lebih baru balik dan mula kemas barang.pukul 2.50 zah sampai kondo dan dia tumpangkan ke perhentian bas teratai.pukul 3 bas bertolak dari UiTM sampai ke Kuala Kubu pukul 4.30.

tak lama selepas itu hujan pun turun dengan sangat lebat.kami pun makan malam tapi tak boleh ke bilik sebab nanti mesti basah barang-barang semua.selepas beberapa ketika kami terpaksa juga ke dorm sebab dah penat tunggu hujan berhenti.malam yang sejuk.dorm yang kotor.air kolah berhabuk.terima sahaja sebab percuma.peserta lelaki bina khemah dalam hujan.pasti sejuk.


27 november 2008
berat rasa hati nak habiskan program ini.rasa nak balik rumah sahaja.program mula pukul 7 pagi.sejuknya kaki gunung memang tak boleh tahan.sampai ke tulang sejuknya.kami kena angkat meja.nasib baik ramai satu kumpulan.lupa nak beritahu yang kami dibahagikan kepada 3 puak.puak peramah diketuai oleh mohd syafiq jamil abdul nazir.puak pemalu diketuai oleh muhammad shahariz mohd adzib.manakala puak kami yang agresif diketuai oleh mohd amir yunus.

kami pergilah ke tebing sungai di luar pagar kem dan duduk dalam khemah.bosannya tak tahu nak buat apa.bila mereka yang berpakaian astronaut datang kami tak tahu nak buat apa.kami tak dapat bayangkan apa yang berlaku.akhirnya lakonan kami kurang berkesan.sementara tunggu makan tengahari kami buat ice breaking.seronok dapat kenal ramai orang.walaupun sebenarnya mereka senior sendiri tapi tak kenal pun sebelum ini.

petang prof.ikram dari CUCMS beri taklimat mengenai Disaster Response.sangat berguba tapi malangnya sangat mengantuk juga.petang pula kami pasang khemah.penat tapi seronok sebab belajar benda baru.malam kami main permainan yang menguji kekuatan paru-paru menahan nafas.kami harus memindahkan smarties menggunakan straw le dalam cawan di hadapan.memang sesak juga nafas akhirnya.



nanti sambung lagi.panjang sudah ini.
later~~

fajarharapan
1743


Comments

eQeEn si rAma2! said…
huhu..ni kem pe neh bet??
izzati said…
eqeen!,
this kem is for united nation and world food program to find a standard operation procedure on how to deliver foods if any pandemic disease occur.kitorg pergi as actors and actress yg konon2nye negara kitorg kene disease tu.

Popular posts from this blog

novel novel novel

hello hello as i promised before i'm gonna post list of novels that i want to let go.in case if anyone interested to keep the novels just text me or leave me a comment or send me a Facebook message.please take note that i only have a copy of each novel and it depends on availability.take a look at the list. thank you.love you. updated 2140 am 191210 Damya Hanna Ilham Hati Rela Ku Menanti Senafas Rindu Liana Afiera Malik Dah Kata Daaah! Mimie Afinie Masih Ada Rindu Aleya Aneesa Semusim Rindu Kasih Antara Kita Ayu Emelda Lagu Rindu Kasih Dania Hasreeyati Ramli Demi Kasih Ini Dia Dihati Laman Rindu Liza Zahira Cinta Rahsia Bahtera Kasih Sri Diah Mahligai Cinta Janji Kasih Eka Fahara Kabus Kasih Nilai Cintamu Sharifah Abu Salem Biar Rindu Berlalu

MyAspire

okay sekarang komputer kesayangan ini cedera skrin dia dah pecah tunggu masa je nak patah adakah ini petanda sudah tiba masa untuk menukar komputer harap-harap lah dia mampu bertahan untuk beberapa bulan lagi kalau tak semua kerja susah nanti takkan hendak menumpang komputer orang pula mungkin jika blog ini tidak diupdate tandanya komputer sudah padam lah ye jika yahoo messenger juga sudah lama tak online maknanya komputer ini sudah gagal berfungsi keinginan baru sekarang hendak memiliki Nikon D40 atau Canon SLR cemburu sungguh melihat rakan-rakan lain mengambil gambar dengan cantik dan unik bila lah akan tercapai cita-cita minggu ini mungkin kali terakhir berhari raya selepas ini harus kuatkan semangat untuk belajar kertas pertama CTU553 khamis depan doakan kejayaan kami ya! aku rindukan rumah,emak,abah,adik,alang dan semua aku tak mampu hendak pulang ikutkan hati nak balik tapi nanti penat wish i could drive a car right now and go back to my house cepatlah habis peperiksaan nak pe

bongek

saya sudah balik ke bongek untuk beberapa hari.bongek itu nama kawasan saya tinggal.di mozac dulu azneeza itu suka ejek nama bongek siap boleh cipta nama lagi berkaitan dengan bongek tu.nasib baik nama betty lebih sedap didengar dan acap kali digunakan.kalau tidak jaga kamu azneeza.daing tawi takku lupa.haha esok kami akan ke destinasi percutian wajib apabila ke tronoh.mungkin untuk kali terakhir tahun ini kerana kekanda kesayanganku itu akan menjalani internship di melaka sehingga tahun depan.maknanya boleh makan aiskrim dan buah jambu di r&r tapah esok.yeay! minggu depan akan pulang ke shah alam kembali untuk mengangkut semua barang-barang yang setakat ini sudah berada dalam 5 kotak.mungkin memerlukan lagi 3 kotak untuk mengangkut semuanya.bilalah barang-barang mahu jadi sedikit.dari dulu sampai sekarang mesti penuh sekereta bila pulang bercuti. paling seronok balik rumah dapat makan sedap.dan lebih memeranjatkan apabila ada 2 ulas durian disimpan untuk saya.walaupun hanya 2 tapi