semalam saya telah berjaya menuju puncak
ke puncak alam yang jauh dari pandangan mata
maka lagi 2 minggu akan berada di sini sebelum pulang untuk temujanji
disebabkan mengangkat barang-barang lebih dari kemampuan
sekarang banyak kesakitan yang melanda terutama di belakang
kelas pertama hari ini saya rasa bahagia
sedikit mengantuk tapi gembira mungkin kerana pertama kali saya memahami beberapa perkara yang diajar oleh pensyarah didalam kelas
permulaan yang baik untuk 12 minggu yang mendatang
dan saya gembira jumpa kawan-kawan
sejak semalam bertemu kembali dengan kawan sangat menarik
banyak benda untuk diceritakan,dibualkan,diketawakan
walaupun ada yang kurang menggembirakan tapi apakan daya
saya juga manusia biasa
petang disini mengikut perancangan hendak diisi dengan berjalan-jalan
tapi kita hanya merancang dan Dia yang menentukan
penghuni kolej yang lain juga sangat gemar beriadah pada waktu petang
mungkin sudah terlalu bosna di bilik
atau berlatih untuk kejohanan SAF tidak lama lagi
sekarang sementara menanti asar hendak membaca seketika
malam nanti ada tugasan yang harus diselesaikan
jalani hari dengan baik kawan-kawan
jaga diri baik-baik
senyum selalu
dan
maafkan saya
Comments