semalam genap 8 tahun atuk pergi.31 januari 2001.
aku rindukan masa-masa lalu dengan atuk.betapa kami sangat sedih kehilangan beliau.tapi aku kasihankan along kerana emak dan abah tak sanggup beritahu along kehilangan atuk.mereka takut along sedih dan akan pulang ke rumah.maklum sahaja along baru sebulan belajar di SMSAH.nasib baik aku hanya di melaka.
kedatangan abah ke kelas ketika Ustaz Adnan mengajar memeranjatkan aku.memang jarang emak atau abah muncul di kelas mencari aku.kebetulan ustaz adnan seorang warden maka tidak perlu aku bersusah payah mencari tandatangan untuk keluar.abah kata atuk meninggal.tapi aku tak terbayang bahawa atuk yang bernama Mustafa bin Taha yang meninggal.sesungguhnya aku baru berjumpa atuk hujung minggu yang lalu.maknanya baru 3 hari aku tidak bertemu dan atuk telah pergi tinggalkan kami semua.
ketika turun tangga sampai ke dalam kereta aku menangis.aku sedih.aku sayangkan atuk.atuk faham cucu-cucunya.atuk belikan baju raya untuk kami setiap tahun.atuk jemput kami dari sekolah,bawa kami naik motor,belikan aiskrim,bawa kami ke rumah orang kenduri dan beri kami duit raya setiap tahun.atuk tak pernah marahkan kami.walau mungkin ketika itu aku kecil lagi tapi aku sungguh sedih kehilangan atuk.
ketika sampai di rumah ramai orang sudah menanti jenazah tiba dari HUKM.atuk dijadualkan ke HUKM untuk medical check-up rasanya.aku tak tahu dengan terperinci apa yang berlaku.aku masih tak faham apa-apa.dan aku tak bertanya.aku tak mahu ganggu abah atau yang lain sesungguhnya pasti mereka sedang bersedih.menjelang tengahari jenazah sampai dan seingat aku selepas asar terus dikebumikan.
aku rindukan atuk sampai termimpi-mimpi.atuk datang berpakaian putih tapi aku tidak ingat apa yang dikatakan oleh beliau.sehingga atuk pergi baru aku terjaga dari tidur dan terus pergi mengerjakan solat asar.i wish i can remember what he told me.tapi aku mahu jadi seperti atuk.aku akan belajar bersungguh-sungguh.dan tak mahu kecewakan semua orang.aku mahu jadi baik dan disukai semua.kalau boleh aku mahu berkawan dengan semua.aku akan pinjam kekuatan atuk untuk terus belajar.
semoga roh atuk dicucuri rahmat.dan ditempatkan bersama para solihin.
insyAllah.kamu,doakan untuk atuk saya ya!
..::Al-Fatihah::..
Comments