Skip to main content

butterscotch

haa..akhirnya dapat juga makan roti butterscotch kat shah alam ni.dah berapa bulan kat sini baru dapat jumpa,beli dan makan.rindunya bila tengok roti teringat dekat rumah.sesiapa yang tak pernah makan lagi silalah cuba.mesti hendak lagi.hari ini lagi sekali memang memenatkan.from 10 a.m till 10 p.m.i wish im a supergirl that will never feel tired or give up or anything else.tomorrow tak tahu lagi balik pukul berapa.tak apa lah bukan saya seorang sahaja yang penat.pasti ada lagi rakan-rakan lain yang lebih penat.

esok pagi ada ujian membaca mandarin.diikuti dengan kuiz antifungal dr.kala.sekarang saya harus study antifungal supaya tak terkial-kial hendak menjawab soalan esok.mandarin pun takut juga tapi tak apa,kita dahulukan antifungal.hehe.duibuqi laoshi!

btw,im still looking for suppliers untuk dedication for our dinner.tolonglah doakan dapat jumpa and confirmkan dengan supplier by this weekend.im very worried about it lah.ada sesiapa yang mahu ambil tempahan cupcakes dari kami dan tawarkan harga yang menarik?sila hubungi saya.terima kasih.

bermain futsal di dalam hujan.menyepak bola ke dinding batu.memang menarik dan dapat melepaskan 1% tekanan.maaflah kepada sesiapa yang kena marah hari ini.emosi kembali berkecamuk.mungkin disebabkan bebanan aktiviti dan kerinduan terhadap rumah yang kadang-kadang begitu tinggi.aku perlukan kamu untuk mendengar semua cerita-cerita aku.tapi tak ada alasan untuk kamu menghabiskan masa dengan aku.dan aku tak mahu susahkan kamu.

selamat malam kawan-kawan!



Comments

berus jamban said…
jauhnyeeee bongek dgn shah alam.......hahahahaha

aku nak tempah cupcakes boleh?
tak pernah makan lagi ni....
izzati said…
berus jamban,
cehh..ko gelakkan aku ye.xpe2..

tempahla cupcakes tp jauh sgt tu kalo nk delivery ke ohio state.hehe.
HABIHA69 said…
Salam Petang Jumaat izzati ittew...bussy lagi ker? anggaplah sebok itu sebahagian dri pengalaman hidup yang amat berharga....sebok yang mampu mendewasakan..... peh..main Futsal????

Popular posts from this blog

bongek

saya sudah balik ke bongek untuk beberapa hari.bongek itu nama kawasan saya tinggal.di mozac dulu azneeza itu suka ejek nama bongek siap boleh cipta nama lagi berkaitan dengan bongek tu.nasib baik nama betty lebih sedap didengar dan acap kali digunakan.kalau tidak jaga kamu azneeza.daing tawi takku lupa.haha esok kami akan ke destinasi percutian wajib apabila ke tronoh.mungkin untuk kali terakhir tahun ini kerana kekanda kesayanganku itu akan menjalani internship di melaka sehingga tahun depan.maknanya boleh makan aiskrim dan buah jambu di r&r tapah esok.yeay! minggu depan akan pulang ke shah alam kembali untuk mengangkut semua barang-barang yang setakat ini sudah berada dalam 5 kotak.mungkin memerlukan lagi 3 kotak untuk mengangkut semuanya.bilalah barang-barang mahu jadi sedikit.dari dulu sampai sekarang mesti penuh sekereta bila pulang bercuti. paling seronok balik rumah dapat makan sedap.dan lebih memeranjatkan apabila ada 2 ulas durian disimpan untuk saya.walaupun hanya 2 tapi...

sabtu

hari ini semua orang bertungkus-lumus menjayakan kenduri tahlil tengahari tadi dan akhirnya semua orang kepenatan.setahun sekali sahaja.tak apalah. esok masih dipenuhi dengan jemputan kenduri dan majlis perkahwinan.minggu depan juga begitu.kecuali hari ahad yang sudah mula sibuk dengan mereka yang ingin pulang ke kota dan ke asrama. tiba-tiba lapar.tunggu nasi lemak pagi esok.jemputlah datang makan sarapan. nasi lemak istimewa..

jumaat yang penat

maka hari ini hari jumaat adalah hari untuk bertungkus-lumus membantu memasak beberapa juadah untuk kenduri esok.hari untuk belajar beberapa perkara penting dalam hidup juga.dan kepenatan yang tidak terhingga dari pagi sampai petang.rancangannya hendak ke bulan awal malam ini tapi tak tahulah tiba-tiba sudah tidak mengantuk.sahabat saya hendak ke singapore esok dan saya sungguh cemburu.memandangkan saya akan ke johor 20 jun nanti maka saya sedang merancang untuk ke sana juga.ada sesiapa punyai masa lapang dan mahu bawa saya ke sana?jomlah...sudah bertahun-tahun saya tak ke sana =) saya rasa ada sesuatu yang tersimpan disini dan perlukan seseorang untuk menelannya untuk saya.lagi sekali,ada sesiapa sudi menjadi tempat meluahkan kembali semua yang terperap disini?tolonglah..lama sungguh dia disini.. entry yang tak ada tujuan melainkan ingin mencari teman ke singapore. selamat malam dan ...................